skip to main | skip to sidebar

BPK Masjid Setia Ali Muara

Friday, April 16, 2010

Persembahan Tausyeh dari Belia Masjid Setia Ali

Posted by BPK at 6:01 PM No comments:
Labels: Masjid Setia Ali

Majlis Penutup Bengkel Menghalusi Solat




























Posted by BPK at 1:13 PM 1 comment:
Labels: Masjid Setia Ali
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

JAM KITANI

JADUAL WAKTU SOLAT BRUNEI

JADUAL WAKTU SOLAT BRUNEI

RENUNGAN BERSAMA


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

KOMEN BISKITA

WEBSITE KEUGAMAAN

  • Al-Islam
  • Belajar Al-Quran Secara Online
  • Gambar Kaabah di zaman silam
  • Panduan Haji dan Umrah

BLOG YANG SELALU DIKUNJUNGI

  • Belia Masjid Setia Ali
  • Hanya Kalau Mendidik
  • Kembara Santai
  • Salurut Manis
  • Yeopmadiny(Malaysia)

WEBSITE KERAJAAN BRUNEI

  • Kementerian Pendidikan
  • Kementerian Hal Ehwal Ugama NBD
  • Jabatan Perdana Menteri
  • Jabatan Perkhidmatan Awam
  • Jabatan Mufti Kerajaan

BRUNEI DALAM NEGERI (ONLINE)

  • Brunei Times
  • Media Permata
  • Pelita Brunei
  • Weekend Brunei Online

Royal Brunei Airlines Facebook

Royal Brunei Airlines Facebook




BERITA LUAR NEGARA (ONLINE)

  • Al Jazeera
  • Berita Harian
  • Harakah Daily
  • Utusan Online

Blog Archive

  • ▼  2010 (3)
    • ▼  April (2)
      • Persembahan Tausyeh dari Belia Masjid Setia Ali
      • Majlis Penutup Bengkel Menghalusi Solat
    • ►  February (1)

RAMAI PENGUNJUNG KAMI

MySpace Hit Counter
HP Laptops

TRAFFIC FEEDJIT

KUNJUNGAN DITERIMA..

www.e-referrer.com

Mujizatnya Azan

Pesanan Semasa Mendengar Azan...

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.... lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. "Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami.

Amin..amin..amin Yarobbal a'lamin.."

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:

1) Jujur dalam berkata-kata.

2) Menjauhi segala yg haram.

3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:

1) Merahsiakan ibadahnya.

2) Merahsiakan sedekahnya.

3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:

1) Takut berlaku dusta dan keji.

2) Menjauhi kejahatan.

3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam

keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:

1) Mengawasi dirinya.

2) Menghisab dirinya.

3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Aduhai Sakitnya Mati..




ALLAH merahsiakan saat kematian

kita, adalah untuk melihat sejauh

mana kita melaksanakan amalan

yang telah ditetapkan kepada kita

dan sedalam mana pula kita

meninggalkan larangannya.

Manusia yang hatinya sentiasa

ingatkan mati, akan

melaksanakan tugas yang

telah diamanahkan kepadanya

dengan lebih jujur,

bersungguh-sungguh dan ikhlas

untuk mendapat keredhaan Allah.

Manusia begini sentiasa merasai

setiap tingkah lakunya

diperhatikan oleh Allah SWT.

Dan ia juga mengetahui setiap

tanggungjawab dan amanah

yang dipikul akan ditanya satu

persatu oleh Allah di akhirat kelak.

Kesakitan bila nyawa dicabut oleh

malaikatul maut tidak dapat

dibayangkan sama sekali. Walau

bagaimanapun Nabi ada bersabda,

maksudnya: "Bahawa Rasulullah

mengingatkan tentang mati dan

keseksaannya, maka sabda

Baginda: Iaitu sakitnya tiga

ratus kali tetakan pedang."

Bayangkanlah jika kita ditetak

atau dipukul dengan kayu,

rotan mahupun besi bukan

banyak, Cuma sekali saja,

itupun sudah tidak dapat

digambarkan kesakitannya.

Inikan pula ditetak dengan

tiga ratus tetakan.

Bayangkanlah sendiri.

Cuba kita tanggalkan pula

kuku daripada isinya, pastinya

sakit tidak tertahan. Daging

disiat-siat dan dilapah

hidup-hidup, dahaga yang

amat sangat sehingga air

lautan di dunia ini tidak

mampu menghilangkannya.

Semuanya ini cuma secebis

dari perbandingan kesakitan

maut, malah beribu-ribu kali

lebih sakitnya daripada itu.

Oleh itu, untuk meringankan

keseksaan roh ketika dicabut

oleh malaikat maut, maka

digariskan beberapa amalan

tertentu yang perlu

diamalkan.


Antaranya:-

Sebelum tidur:
1) Bacalah surah Al-Ikhlas tiga kali
2) Selawat ke atas Nabi
3) Membaca tasbih

Amalan harian:
1) Sentiasa membaca Al-Quran
2) Memelihara solat terutama solat

fardu
3) Menghormati (jangan bercakap)

waktu azan diperdengarkan
4) Membaca tasbih
5) Membanyakkan sedekah
6) Sentiasa berzikir menyebut Allah

Amalan yang perlu dijauhi:
1) Dusta
2) Khianat
3) Mengadu domba ( tukang hasut)
4) Kencing berdiri

Sabda Rasulullah saw yang

bermaksud: "Bersuci kamu

sekalian dari buang air kecil

kerana sesungguhnya

kebanyakkan seksa kubur

itu dari sebab buang air kecil."


Pada suatu hari malaikatul

maut datang untuk bertemu

dengan Nabi Idris as lalu

Nabi Idris meminta agar

malaikatul maut mencabut

nyawanya dan kemudian

Allah menghidupkannya

kembali. Permintaan ini

dilakukan untuk Nabi Idris

as mengetahui kesakitan

sakaratul maut agar

taqwanya lebih mendalam

dan teguh lagi.

Maka Allah memberikan

wahyu kepada malaikatul

maut supaya mencabut

nyawa nabi Idris dan

meninggalkan ketika itu juga.

Malaikatul maut menangis

dan memohon kepada Allah

supaya Dia (Allah)

menghidupkan kembali

Nabi Idris lalu dimakbulkan

Allah.

Setelah di dapati Nabi Idris

as sudah hidup kembali,

malaikatul maut bertanya:

"Ya saudaraku, bagaimana

rasanya kesakitan maut?"
Jawab Nabi Idris:

"Sesungguhnya ibarat

terkelupasnya kulit dalam

keadaan hidup-hidup, maka

rasa sakit menghadapi maut

itu lebih dari 1000 kali sakitnya.

" Kata malaikat maut: "Secara

berhati-hati dan tidak kasar

yang telah saya lakukan

khusus mencabut nyawa

engkau itu, belumlah pernah

aku lakukan terhadap

seseorang pun."

Diriwayatkan lagi bahawa

Nabi Isa as telah

menghidupkan beberapa orang

yang telah mati dengan

keizinan Allah. Maka

sebahagian orang kafir berkata:
"Sesungguhnya engkau telah

menghidupkan orang-orang

yang telah mati yang masih

baru, yang mungkin mereka itu

belum benar-benar mati.
Maka cuba hidupkan untuk

kami orang yang telah mati

seperti zaman yang awal

dulu." Kata Nabi Isa as:

"Cubalah kamu pilihkan?"

Mereka berkata: Hidupkanlah

untuk kami anak Nabi Nuh as

(Sam bin Nuh)."

Maka Nabi Isa as pergi ke

kuburnya, lalu mengerjakan

solat dua rakaat dan berdoa

kepada Allah. Dan Sam bin

Nuh dihidupkan kembali,

tetapi rambut dan janggutnya

sudah beruban. Nabi Isa as

hairan kenapa jadi begitu.

Berkata Sam bin Nuh: "Saya

telah mendengar panggilanmu

dan saya mengira hari kiamat

telah tiba, maka rambut dan

janggut saya berubah menjadi

putih seperti ini dari sebab

takutnya hari kiamat. Berkata

Nabi Isa as: "Sudah berapa

tahun kau meninggal dunia?"

Kata Sam: "Semenjak 4000

tahun lalu maka belumlah

hilang sakit dari sakaratul

maut."

Semoga kita dapat amalkan

dan sampaikan. InsyaAllah….

Sakitnya mati...



7 Tanda Pada Mayat


1. Mayat yang mukanya

berpaling dari arah kiblat.

Itulah petanda bahawa

semasa hidupnya telah

melakukan perkara syirik

kepada Allah.

Kawan-kawan syirik ini

jangan buat main-main,

dosa yang paling besar

dalam Islam. Kekal

dalam neraka

selama-lamanya..

2. Mayat yang mukanya

berbentuk b##bi. Itulah

petanda semasa hidupnya

tidak melakukan solat

lima waktu, tidak menjaga

solat lima waktu. Lalai

dalam solatnya.

Sesungguhnya solat

dapat mencegah diri dari

melakukan perbuatan keji

dan mungkar. Perbuatan

keji dan mungkar ini banyak,

bukan hanya berduaan

ditempat gelap, minum arak,

berjudi sahaja. Tak tutup

aurat juga perbuatan keji.

Bayangkanlah sejak dari

baligh lagi kawan-kawan

tak pernah tutup aurat,

berapa banyak dosa yang

telah dikumpulkan. Siksa

api neraka amat pedih..

3. Mayat yang kepala

menjadi batu yang hitam

legam. Itulah mayat yang

semasa hidupnya derhaka

kepada kedua ibu-bapa..

4. Mayat yang perutnya

buncit dan meletup. Itulah

mayat yang semasa

hidupnya suka makan

harta yang haram. Harta

yang haram banyak contohnya.

Antaranya mencuri.. harta

yang haram. Merompak..

harta haram. Melesapkan

duit kawan.. harta yang haram..

5. Mayat yang kukunya

mengcengkam dan meliliti

seluruh tubuhnya. Itulah

mayat yang semasa hidupnya

suka berkelahi, mengata

orang dan mengumpat orang..

6. Mayat yang keluar mata air

dari kuburnya dan air itu

baunya lebih busuk dari bangkai.

Itulah mayat orang yang suka

makan riba'..

7. Mayat yang wajahnya

tersenyum.. Itulah mayat yang

semasa hidupnya berilmu dan

beramal soleh..

12 Barisan di akhirat..


Suatu ketika, Muaz b Jabal ra

mengadap Rasulullah SAW dan

bertanya:
Wahai Rasulullah, tolong

huraikan kepadaku mengenai

firman Allah SWT:

Pada sangkakala ditiup, maka

kamu sekalian datang

berbaris-baris"
Surah an-Naba':18)

Mendengar pertanyaan itu,

baginda menangis dan basah

pakaian dengan air mata.

Lalu Baginda menjawab:
"Wahai Muaz, engkau telah

bertanyakan kepada aku,

perkara yang amat besar,

bahawa umatku akan digiring,

dikumpulkan berbaris-baris

menjadi 12 barisan,

masing-masing dengan

pembawaan mereka sendiri.."

Maka dinyatakan apakah

12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan

tidak bertangan dan berkaki.

Keadaan mereka ini dijelaskan

melalui satu seruan dari sisi

Allah Yang Maha Pengasih:
"Mereka itu adalah orang-orang

yang sewaktu hidupnya

menyakiti hati jirannya, maka

demikianlah balasannya dan

tempat kembali mereka adalah

neraka..."

BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk

babi hutan. Datanglah suara

dari sisi Allah Yang Maha

Pengasih:
"Mereka itu adalah orang

yang sewaktu hidupnya

meringan-ringankan solat,

maka inilah balasannya dan

tempat kembali mereka

adalah neraka..."

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai,

sedangkan perut mereka

penuh dengan ular dan kala

jengking. "Mereka itu adalah

orang yang enggan membayar

zakat, maka inilah balasannya

dan tempat kembali mereka

adalah neraka..."

BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan

keadaan darah seperti air

pancutan keluar dari mulut

mereka.
"Mereka itu adalah orang

yang berdusta di dalam jual

beli, maka inilah balasannya

dan tempat mereka adalah

neraka..."

BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau

busuk daripada bangkai. Ketika

itu Allah SWT menurunkan

angin sehingga bau busuk itu

mengganggu ketenteraman

di Padang Mahsyar. "Mereka itu

adalah orang yang

menyembunyikan perlakuan

derhaka takut diketahui oleh

manusia tetapi tidak pula

rasa takut kepada Allah SWT,

maka inilah balasannya dan

tempat kembali mereka

adalah neraka..."

BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan

keadaan kepala mereka

terputus dari badan. "Mereka

adalah orang yang menjadi

saksi palsu, maka inilah
balasannya dan tempat

kembali mereka adalah

neraka..."


BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa

mempunyai lidah tetapi

dari mulut mereka mengalir

keluar nanah dan darah.
"Mereka itu adalah orang yang

enggan memberi kesaksian

di atas kebenaran, maka

inilah balasannya dan

tempat kembali mereka

adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam

keadaan terbalik dengan

kepala ke bawah dan kaki

ke atas. "Mereka adalah

orang yang berbuat zina,

maka inilah balasannya

dan tempat kembali

mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan

berwajah hitam gelap dan

bermata biru sementara

dalam diri mereka penuh

dengan api gemuruh.
"Mereka itu adalah orang

yang makan harta anak

yatim dengan cara yang

tidak sebenarnya, maka

inilah balasannya dan

tempat kembali mereka

adalah neraka..."

BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka

dalam keadaan tubuh

mereka penuh dengan

penyakit sopak dan kusta.
"Mereka adalah orang yang

derhaka kepada orang

tuanya, maka inilah

balasannya dan tempat

kembali mereka adalah

neraka..."

BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka

dengan berkeadaan buta

mata-kepala, gigi mereka

memanjang seperti tanduk

lembu jantan, bibir mereka

melebar sampai ke dada

dan lidah mereka terjulur

memanjang sampai ke perut

mereka dan keluar beraneka

kotoran. "Mereka adalah

orang yang minum arak,

maka inilah balasannya dan

tempat kembali mereka

adalah neraka..."

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur

dengan wajah yang

bersinar-sinar laksana

bulan purnama. Mereka

melalui titian sirat seperti

kilat. Maka, datanglah

suara dari sisi Allah

Yang Maha Pengasih

memaklumkan: "Mereka

adalah orang yang beramal

salih dan banyak berbuat

baik. Mereka menjauhi

perbuatan derhaka, mereka

memelihara solat lima waktu,

ketika meninggal dunia

keadaan mereka sudah

bertaubat, maka inilah

balasannya dan tempat

kembali mereka adalah

syurga,mendapat keampunan,

kasih sayang dan keredhaan

Allah Yang Maha Pengasih..."

Jika engkau mahukan

kemesraan dengan Allah,

maka garanglah terhadap

dirimu sendiri. Jika engkau

merasakan manisnya

berhubung dengan Allah,

tahulah engkau betapa

peritnya berpisah denganNya.....

Hikmah - Hikmah@Disebalik.com